segmen by Cik Buaya : follow rakan blog sambil menang topup

atas permintaan cik buayo, aku pon terdetik menjoin segmeng nie dengan hati yang terbuka dan penuh keredhaan. :)

 







ok ini syarat-syarat segmen:

  1. Follow blog cik buaya kisah klasik azura ni <-- mesti
  2. like la fanpage kat box sebelah kanan ni <-- x wajib pun
  3. Buat entri dengan tajuk : segmen by Cik Buaya : follow rakan blog sambil menang topup
  4. letak banner and letak link pada banner
  5. pastu dah siap sila tinggalkan link pada kotak comment entri segmen ni okeh

sape nak join, silakan. boleh menang topap wehhh! dijemput kepada semua blogger out there join nie olait :)

jumlah topup RM 10 x 3 pemenang

yang bertuah tu akan di kira menggunakan random.org la :) hehe

segmen ni berlangsung selama sebulan :) <--- (tempoh segmen mungkin berubah)

26/4 - 26/5/2012


happy reading peeps :)


 

# 6 . Daihatsu Mira.


this post pasal jenis kereta Daihatsu Mira yang orang kite selalu sibuk nak convert-convert ni. Kebanyakan pengguna kereta Kancil dan Viva di Malaysia kini sudah berminat untuk menconvertkan kereta mereka mengikut kehendak masing-masing.yela, sape berpuas hati dengan design kereta yang asal kan? mesti nak tukaq sport rim la, tambah lips and macam-macam lagi. even yang pakai Honda Civic FD2 pon sibok kemain nak convert Mugen lah, itu ini, walaupon sememangnye kereta tu dah sematt :).

mende nie berlaku begitu sebab banyak kedai-kedai half-cut sekarang gila untuk menjual barang-barang nie dengan murah. lepas tu muncul pulak garaj-garaj yang menjual barang-barang kereta nie terutamanya K-Car macam kancil dan viva. so, x kesah la sekarang kita tengok macam-macam pesen kancil yang ade kat atas jalan. tak gaye kancil yang perodua buat dah. viva ponnn same :) kalau nak kenal jenis-jenis die, tengok pada lampu dan bumper depan kereta tersebut.

kat bawah nie ade model-model kereta Daihatsu yang orang sekarang dok sibok nak convert-convert.

Mira TRXX



Mira L 200


Mira L2 Moderno


Mira L300 Opti


Mira Classic


Mira RV 4 


Mira L 500




Mira L 502


Mira L 512 Hello Kitty


Mira L 512 TRXX

 


Mira Avy N/A (untuk Viva )


Mira Avy RS  ( untuk Viva )


lastly, my favourite model. i hope i will get this one soon. :)
Mira L 2s TRXX













sooooo.. nie lah model-model yang terdapat yang daihatsu buat keluar. so, sape-sape berminat, boleh la carik barang-barang tu kat halfcut-halfcut yang ade. dan jangan beli sebarangan. takot-takot kene tipu. bagi sape-sape yang berduet la kan. heheeehe! pada model tu ,mungkin ade kesilapan sket, yela.aku bukan duta daihatsu kat melesia. tapi semua tu jenis-jenis yang biasa jumpa kat Malaysia. hope one day, i will get Mira L2s for me soon. im so addict with K-Car. happy reading pees :)

# 5 . tips, guide to buy camera. DSLR or compact.






Atas pertanyaan seorang blogger ini. Sini aku nak answerlah soalan die yang telah ditanya kepada aku yang telah disoal. So, soalan die tanya which one DSLR yang sesuai untuk die pakai. Sbb aku walking around, tgk page die berminat dengan Nikon D90 as a starting camera. Aku tegur die pasal jenis starting camera and she ask me which one camera she should buy.
Okay. Sini ade steps yang korang perlu fikir before buy a camera.

1.       Korang  perlu tahu ape penggunaan anda terhadap kemera.


Korang  perlu tahu ape penggunaan anda terhadap kemera yang korang beli tu. Adakah untuk kerja? Untuk  gambar sendiri? Interest? Semua mende anda perlu tahu sebelum anda memilih kemera yang anda inginkan.  Engkorang  juga perlu tahu tahap penggunaan korang, skill dan teknik korang dalam mengambil gambar, dan pengetahuan anda dalam taking picture wisely. Sebab semua kemera ada kelebihan die sendiri. So korang kene banyak buat review dulu sebelum membuat keputusan untuk membeli kemera korang.


2.       Tentukan kemera yang ideal untuk penggunaan korang.

Korang jenis ambail gambar macam mana? Adakah korang banyak guna kemera untuk ambik gambar sendiri, atau orang lain, atau panorama atau anda gunakan kemera tersebut untuk mengambil gambar yang kreatif. Korang kene tahu ape guna pula gambar yang korang ambil tu untuk ape. Adakah gambar tu bawak faedah untuk korang? Its money maker? Atau untuk kepuasan sendiri? Korang kene tahu semua tu sebab korang takkan puas dengan kemera yang anda ada.

3.       Adakah kemera yang korang gunakan perlukan respons yang pantas?

Kemera yang korang guna tu untuk ambik gambar motion , sukan atau sesuatu yang melibatkan pergerakan. Setiap kemera ade sensitiviti pada sensor die. Misalnya kemera DSLR. Untuk ambil gambar motion, korang perlukan sutter yang laju ( 1/500 keatas ) why? Kita xnak ada motion dalam gambar yang korang ambil tu. Kebiasaannya gambar-gambar pemain bola EPL, liga spanyol ke ape,kia tengok gambar die xde motion walaupon orang tu sedang berlari.kan? sebab setting kemera yang diorang gunakan adalah fast shutter mode. Dan gamba diorang sharp2 blake kan? Sebab? Diorang guna telephoto lens. Kebiasaannya diorang guna advance mode punya lens.  Harga? Atas RM10k la. Xdak yang murah-murah kalau kualiti gambar 1st class.haha.


4.       Adakah kemera korang perlukan sensitiviti sensor yang tinggi untuk gambar malam /  banyak mengambil gambar malam.


Yang nie berkaitan gelap atau cerah gambar malam anda. Kalau di digital compact, kebiasaanye semua gambar die guna flash, but mende tu boleh turn on off la. Kalau DSLR, untuk gambar malam yang cantik, ade brape option. First, guna external flash ( speedlight ). Penggunaan speedlight kt DSLR penting sebab korang kene define jarak korang dengan subjek dalam gambar ada, exposure yang anda ingin kan. Sebab guna speedlight kene la setting manual, tapi hasil die menarik :) even speedlight guna untuk ambil gambar siang.  Second guna slow shutter. Tp yang nie tricky. Because? Subjek anda takleh gerak semasa ambil gambar tersebut dalam masa shutter anda ditekan. Dan kene gunakan tripod. Kalau guna body flash pada DLSR tu, xcantik. Exposure kadang-kadang xbetul dan korang kene setting manual plak exposure flash body tu.  ( kalau lah jumpa, Canon senang sket nak cari, Nikon? Haram xpernah jumpa aku )

5.       Kesediaan korang untuk menservis kemera anda. ( dust, fungus , shutter and any broken )



Yang nie sangat-sangat-sangat-sangat penting kalau nak guna DSLR. Fungus, dust tu musuh utama korang dalam penggunaan DSLR. So, korang kene tahu macam mana nak bersihkan dust. Kalau fungus? Servis la. Korang kene tahu macam mana nak cek fungus or dust yang masok dalam kemera korang. Especially berada di kawasan pasir halus-haluuuuusss. Contoh pantai atau kawasan yang berdebu. Sangat-sangat kene jage bagi elakkan dust masok. Fungus kene jaga. Atas penggunaan dan penjagaan anda terhadap kemera tu. Cleaning dust boleh wat sendiri, tapi sangat-sangat perlu pengetahuan dalam teknik dan cara cleaning tu,takot barang-barang dalaman kemera tu rosak. Shutter? Ini paling sakit. Korang kene tau shutter count kemera korang. Sebab setiap kemera ade shutter count tersendiri. 50 ribu gambar, 100 ribu atau 200ribu gambar. Using DSLR is not everlasting. Sampai satu masa, sampai had shutter count korang sampai, korang kenelah servis shutter tersebut. Kos? Rm800-rm1200. Aku xpasti ,xingat harga yang membe aku bagu tau tapi tu lah range harga nak servis shutter. Kemera aku pon tunggu masa je nak renew. Oh duitttttttttttttttt!! macam contoh situasi kawan aku. die baru beli kemera dan lens. lens tu harge die beli RM3.5k,seken hen. kalau baru dah rm10k dah lens tu, so tak mampu. die baru pakais seminggu,rosak. dan kos repair lens tu Canon telepon die RM4k. so, menangis tak berlagu la kawan aku tu.

6.       berat dan saiz kemera yang anda inginkan.

Korang kene tahu jugak saiz dan berat kemera anda tu. Kalau digital compact, its easy use and mobile. Sebab? Ringan kecil dan mudah. Kalau DSLR? Pandai2 la fikir. Aku kadang-kadang pergi travel naik public transport. Kadang-kadang nak kene bawak laptop. So? Kat kaki aku mase naik bas atau train kene letak bag kemera dan juga bag laptop. Kalau sejam dua travel takpe, kalau 10 jam? Selesa x? Kaki payah nak gerak. Kalau nak pergi mana2, larat x korang nak usung bag kemera merata-rata? Buat-buat pulak macam aku. Macam-macam mende alah plak letak dalam bag tersebut. Kadang-kadang aku rase nak buang je kemera dalam tong sampah berdekatan sebab berat nak usung bag kemera nie merata-rata.

Peringatan keras! 

Kurangkan gantung kemera korang kat leher ble in public ( pantai, mall, karnival or ekspo ). 

Ini sangat-sangat bahaya. Korang boleh kene ragut taim korang jalan-jalan tu. As a result, kemera hilang and korang boleh dapat injury yang serius.

Jangan keluar pegi mana-mana bawak DSLR without bag.

Bag tu penting. Sebab ape aku fedup sampai nak buang kemera dalam tong sampah? Sebab kemane je aku pergi aku akan bawak kemera dengan bag. Even fotoshut dengan membe-membe. Kalau nak tinggal bag dalam kereta, kene pastikan takde kit korang yang tinggal dalam bag tersebut.

7.       Manual use or just using auto setting untuk ambil gambar.

Korang nak guna kemera tu just auto ke manual? Kalau auto, go for digital kemera. Kalau ambil kemera digital yang harga 800 keatas, gambar auto kemera tu perfect. Contoh nikon 1. Qualiti die look like DSLR cuma ade beberapa faktor yang tidak seperti DSLR misalnya crop factor. Kalau nak guna auto kat DSLR, aku cakap, forget it. Just a waste! Big waste! DSLR orang buat untuk kerja-kerja yang menggunakan manual setting. FULL AUTO guna bila korang dalam keadaan terdesak seperti keja yang melibatkan outdoor dan indoor serentak. Misalnya ambil gamba VVIP seperti menteri atau Sultan di padang/ dataran waktu tengah hari. Maybe time tu die bergerak dari satu tempat ke tampat yang lain. Dalam keadaan tu, kadang kala die lalu tengah panas dan kandang kala lalu bawah khemah.mase tu setting is very different. Korang kene slalu tukar setting. So barulah pakai full auto. (pengalaman aku buat kerja dengan VVIP, xlarat gak nak tukar-tukar setting. ) kalau nak blaja guna manual, try blaja dengan orang yang pandai guna, suruh die tunjuk contoh gambar dan bile korang yakin dengan skill korang barulah beli. Kalau tak, bazir shutter count korang.

Kalau sape-sape nak beli  DSLR, please please,please dont buy second hand. Sangat-sangat rugi. Rugi pada shutter count. Macam aku nak beli bodi sekeng sebab aku nak guna 2 kemera mase buat job wedding. Sebab? Malas nak tukar-tukar lens mase buat job. Its okay kalau nak guna second hand. Sebab aku akan dapat balik income untuk servis mase buat job. Dats peringatan aku untuk korang-korang sekalian. 

pemilihan kemera plak, for me pilihlah Canon. sebab kalau nak belajar manual pakai Nikon payah. aku pernah pinjam membe aku punya nikon 2 minggu. aku nak pakai manual payah,dan ade setting yang aku biase aku guna kemera Canon aku xde kat kemera tu. so, pikir leklok sebelum beli mane 1 ek?

So,korang kene buat keputusan korang dengan wisely, dengan betul sebelum korang menyesal guna kemera mahal-mahal. Tapi gambar yang korang  amik guna  kemera mahal-mahal tapi hasil die sama macam digital kemera. Think twice, trice. Contoh beli DSLR, harga die mahal. Dan cost dalam servis dan kit untuk DSLR tu.  Thanks for reading peep and happy reading. :)

# 4 . photography. some basics :)







A simple post, tak tahu la simple ke x. Today aku nak berbual pasal photography. Post #3 aku cakap pasal lomography, its still belum mengenal lomo dengan  lebih baik. Aku taw ramai orang kt luaq sane gile – gile mau join photography. But, x mudah seperti yang telah diketahui ramai. Commonly, aku tengok ramai jejaka-jejaka dan gadis-gadis di luar sana sudah menggunakan DSLR sebagai camera. Seyh! Kayo – kayo blako. Yelah, ade yang parent mampu kan, so boleh la beli. Aku ingat lagi mase aku nak beli camera aku. Ikat perot weeeh nak dapatkan sebutir DSLR nih. Kalau aku ingatkan balik, nyesal gak aku ikat perot. Tapi, minat nak wat macam mane. First camera aku Sony Cybershot yang first model. Perghh! Taim tu rase memang doh terbaik among da best. Tu pon nasib hadiah compertition aku join. Then aku kenal DSLR nie mase sekolah. Cekgu aku ajar aku sket gune macam ne. Then, after leaving skul. Aku belajar dengan membe – membe aku kenal mase tusyen sblm SPM dlu. Blaja punya blajor, aku kene racun ngan membe-membe aku. Then aku beli lah 1. Biase-biase je. Skrg aku ade camera cap Canon, with kit lens (18-55mm), 50mm lens, 10-22mm lens and Holga Toy lens. Beriban-riban dah aku abes untuk mende nie. Dalam mase 3 tahon. Okay, stop here sejarah aku sket!

Sini aku nak cakap pasal mechanism sket pasal DSLR. Basic one. Compartment.


So, gambar nie view dari atas DSLR. Aku rase korang mesti penah gunekan? Dah tahu man button shutter, name control dial, zoom ring dan fokusing ring. Dats perkara biasa lah, and commonly ramai dah tahu gune sket-sket DSLR nie. So aku malas nak terang banyak banyak.


Dah tengok kan gambau tu? Okay. Ade certain parts dalaman DSLR yang korang kene tahu. Shutter, lens, eyepiece, sensor dan mirror. All those thing perkara yang ada dalam DSLR ini. Perkara korang kene tahu dalaman DSLR nie adalah :
1.       Shutter.
Shutter nie adalah satu mekanism yang akan buka tutup di dalam DSLR / SLR / other camera yang mekanism yang lebih kurang seperti kemera Lomography. Shutter nie berdekatan dengan sensor ( kalau DSLR ) atau film/ kodah ( SLR ) . mende alah ie jugak akan membenarkan  cahaya melalui beliau semasa button Shutter di tekan. Mende alah ini jugak yang membuatkan kadang kala photographer kedekut nak bagi orang nak main kemera mereka. Sbb shutter nie ade count die. Sampai satu mase, mende alah nie perlu ditukar/diservis. And commonly harge nak servis dalam lingkungan 800-1k ++. Costly. Ade camera shutter count 50k gambar, ade 100k dan ade yang 200k. So, not everything everlasting. Kalau xnak pikir pasal shutter cont or what, digital camera je jawapan die.

2.       Rotating mirror.
Mende alah cermin nie akan kita nampak kalau kita buka lens tu. So, kita akan nampak cermin. Cermin nie akan bergerak keatas semasa shutter di tekan, dan mase tu shutter akan terbukak. Sesiapa yang pernah guna DSLR, mase korang tekan shutter, korang xkan nampak ape – ape kt eyepiece mase korang tekan shutter. Sebab, mirror tu bergerak. Tengok balik diagram diatas. Kedudukan cermin tu kt bawah. So, korang akan nampak imej yang korang akan capture sebelum shutter ditekan. Bila shutter di tekan, cermin tu bergerak ke atas dan cahaya terhalang oleh cermin tu akan melaluinye ke shutter kemudian imej pada waktu itu akan didetect oleh sensor, so. Produce la gambar.
Dalam DSLR nie ade 2 mirror. Semua yang berkait dengan reflex (prism). Rotating mirror dan juga mirror yang terletak diatas die (fixed) kadang-kadang ade orang tanya, kenape die buat macam tu,kenape eye piece tu buat kat atas (viewfinder), kenape x buat macam digital cemera je? So, answer die. Fikir sendiri. Kalau aku nak terang, panjang wehh! Kene tunjuk depan mata :)

Perkara yang korang kene tahu mase nak guna DSLR.
Now, setting mase nak taking picture gune DSLR. Commonly , aku tengok rata-rata people just guna full auto setting mase nak gune DSLR. Aku cakap kat korang, membazir je amik gambar pakai FULL AUTO.  Production camera nie wat full auto adalah untuk menunjukkan setting yang sesuai mase tu. And one more thing, full auto biasenye menggunakan FLASH. And bile gambar guna flash, shadow akan produce dekat gambar tu. Dan kadang kala gambar akan jadi overexposed. So, xcantik la maknenye gambar tu kan. Kalau kate beli DSLR sbb nak gambar sharp, ade blur2. Better beli Nikon 1. Murah sket dan okay je gambar die. Yang tu x rugi pakai sebab sensor die agak besar dan bagos.

Firstly....Shutter.
Sepertimana yang aku bual dekat pengenalan compartment dslr tadi, ade aku cakap pasal shutter. Shutter nie ade speed-speed die . Kat sni aku akan kempilkan gamba yang bersesuaian dengan speed shutter nie.

Low shutter speed

Panning
Normal speed
Fast shutter speed
Setiap shutter ade kegunaan die. Low shutter untuk gambar malam , untuk light grafity atau light trail. Commonly slow shutter speed die 8’ – 1/10 (8’ means 8 saat)

gambar nie vey low shutter. 30" / 30 saat iso 100. this is called Light Trail


this one plak low shutter. 10" f 5.6 iso 100

Panning? Pernah tengok gambar f1, motogp,movement? Thats all panning. Biasenye aku buat panning speed 1/30 – 1/ 60.


panning = speed 1/60 , f 5.6 iso 100.



panning = speed 1/50 , f 10 iso 100.


Normal shutter. Biasenye untuk gambar landscape. Kadang kale aku guna landscape pada fast shutter speed. Contoh normal nie adalah 1/125 -1/250.


 landscape = 1/100 f 5.6 iso 100

Fast speed. Biasanya untuk potraiture. Gambar potraiture biasanya nak sharp and xnak ade motion. F (aparture plak, standart potraiture aku guna f 1.8 ( 50mm lens ). Sebab? Bokeh la bro. Bokeh mesti cantekk!


courtesy from my friend : Faiq
* sorry, aku kurang gambar human :)*



potraiture..this one tak engat ape setting die :)


this one i like very much. why? bokeh ( blur ) gambar nie.
speed 1/320, f 1.8 iso 100.


Okay.sampai sini dlu aku cakap pasal mende alah nie. Next time aku akan terangkan pasal aparture, iso, ROT, depth of field dan macam-macam lagi. Keep reading and updating. Tq guys and happy reading  :)


# 3. Lomography? Nak kenal?




Post nie aku tules sebab ade sorang akan nie terminat dengan kemera lomo. * gudd, tambah lagi lomographer secara tak langsung * but did ya knoe bout lomography? Okay, aku nak share kt sini pasal lomography and pengalaman aku main lomography and photography  :)
 
Lomography nie berbeza sket dengan photography. Photography nie agak terpaut kepada teknik, etika dan certain procedures. Dari segi teknik, pencahayaan, angle, rules danpelbagai perlu seorang photographer tu ikut barulah gambau yang die amik nampak ciri – ciri photographer. Bukan sekadar pegang DSLR or SLR dah digelar photographer. *remind dat okay* korang tau Rule Of Third ( ROT)? Depth Of Field? Symmetry? Background? Cropping? Bokeh? Banyak lagi.... *x brape engat, hahaa* korang- korang yang orang panggil sebagai photographer disebabkan memegang DSLR pernah tak gune setiap rules – rules nie? Pernah baca and attempt dalam setiap gamba aokme blake? Then y beli DSLR? Stylish? Anak orang kaya takpe. Boleh la - beli, yang nak beli? Ada korang fikir pasal shutter count? Dust and fungus? Jaga cemera DSLR ist not easy as ABC okay? Aku dah 3 tahon main mende nie, agak saket nak memikirkan cara nak upgrade dan jage. Kadang – kadang aku rase damn jep. Aku bukan nak halang korang – korang untuk beli taw? Tapi aku nak korang fikir 2 3 kali. 

Dalam bag kemera aku agak padat, kemera sbijik, lens 3 ketul dan sebagainye. Kadang – kadang nak keluar nak g fotoshut, nak tggal skejap kt kereta kemera semata – mata nak g 7e wat aku jadi sangat risau. Sbb? Its target gedget okay? Yang perempuan dok gantung panjang – panjang kt leher DSLR tu aku rase nak sound atas muke je sbb nak menunjuk kemera diorang. Haiiittttt! Geram sehh. *hahahahaha* kakak – kakak sekelian, cube tengok cara kitorang photographer memegang/ membawa kemera macam mana? Gantung leherkahhh? Cari maoott kakak- kakak sekelian. Jangan digantung DSLR korang tu sangat sbb nak bagi tahu orang yang korang ade DSLR yek? Take care of it, sbb mende tu mahal. N orang sanggup wat ape saje sebab nak duit. Please take care of it.

Back to our topics. Lomography. 

Lomography nie bebas, tak tertakluk mana-mana rules macam photography. Kalau nak ikut lagi bagos, picture will be more exciting dan lebih GEMPAAAK! Its a indipendence art, free for all art. Lomo nie gune film, weather 135 mm film, 120mm film ( medium format ) and large format film. Haha, penah taw tak pasal jenis film nie kawan – kawan?

135 mm film
black and white ilford



Medium format film ( 120 mm )

 


Large format film

 


 kau tengok jahh! film pon nak same besar dengan kemera!



Nie contoh – contoh film yang digunakan. Dah taw? Okay. Film pulak, ade jenis – jenis die pulak. Positive dan negative film. Yang agak susah sket aku nak terang sebab aku kurang sket mengerti pasal jenis film yang nie. Puas membe aku terang, aku blurr lagi. Hahaa! *maaap maaapp!*

Dan film – film nie ade sensitivity die yang tersendiri. Sape yang guna DSLR? Angkat tangan. Korang penah jumpa button ISO? Pernah tekan? Pernah tengok perbezaan setiap gambar dengan setiap ISO? Ke pakai ISO auto je? ISO nie kalau di film adalah sensitiviti film tu terhadap cahaya. Yela, photography kan bermaksud melukis dengan cahaya. So, medium untuk melukis cahaya itu adalah FILM. Kalau di DSLR, medium die adalah sensor cemera korang. * nak taw sensor ape? * carik kat kotak kemera korang* so, ISO / ASA (amerika ) nie ade beberapa jenis. 100, 200, 400. Yang nie sangat biasa aku jumpa. Kalau nak amik gamba tengah panas, kemera lomo korang bukaan aparture besar( f 3.5 – f 5.6 ) dan shutter medium speed ( 1/100 – 1/200) so, boleh la guna film ISO 100 / 200. Dan kalau nak amik gamba petang-petang, ISO 400. Yang nie film ISO untuk kamera lomo yang fixed setting. Gambar malam? On tripod dan gune BULB mode. * nak terang sangat susah, sbb korang kene try and error *

Jenis kemera?

Banyak! Sangat banyak. Sape yang rase nak jimat, xpakai kost sangat. Boleh gune kemera lomo yang digital. Dalam rm2xx +-. Sort tu lah harge die. Kene search internet la. Hehhe!tapi effect die x cantik, grain die tidak memberangsangkan. Sebab? Bukan pakai film, its been set dekat sensor die. So, x ada originality dalam gambar tu.

contoh:

nak? boleh dapatkan kt sini :
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.232634340114798.58654.111886245522942&type=3



Lagi 1 gune film la. Banyak brand kemera lomo nie. 

LC-A 
Holga 
Lady Diana 
Lomograph
 Sproket Rocket
 Spinner


 HOLGA
 LC-A
 Instax Polaroid
 Sprocket Rocket
 Zenith ( russia )








  dan banyak lagi. bagi sesiapa yang nak rase keenakkan lomography, kne keluarkan DUIT! FULUS! MONEY!  Hahaa.. sebab? 

1.       Kene beli film
2.       Kene berulang alik pegi kedai gambar
3.       Kene banyak try and error.

First, kene beli film. Yelah, main lomo kan, bukan pakai memori card pon. Bateri pon tak guna ( analog ). So, kene beli film. Kalai pakai 135mm, ade lah 36 /24 frame gambar. Kalau pakai medium format, 12 gambar je. Large? 1 je pon. Film (kodak ) yang digunakan terpulang kepada anda – anda kekalian untuk guna film biasa ( rm12 each ) ataupon film expired ( rm 5 each ). Tapi film expired sangat susah untuk dicari. Kalau medium format plak stendet price RM 18 ( ilford film ). Large format, aku tatau. *xpernah guna*

Second, berulang alik pegi kedai gambar. Yelah, xkan nak amik gambar tapi x cuci. Hahha.sengal punya orang je bikin macam tu (macam aku, 7 roll x cuci lagi...oh duetttt) skali cuci, mesti nak scan an burn. Kalau scan saje, gambar x dapat la :) biasenye scan and burn ( dapat CD ) rm 10. Tu untuk satu roll, kalau macam aku, taktahu la. 7 roll, scan =rm 6 each. Burn 1 cd. Taktahu la brape kene. Tak reti sangat aku mengira.

Third, kene banyak try and error. Yap! Nie sangat penting. Korang amik gamba pakai film kan, so tak tahu macam mane effect, result dari gambar korang amik. So, kene banyak try and error. Aku pernah g amik gambar, guna kemera nikon f65. 2 roll aku amik gambar( 72 gambar ), and ble scan, 1 gambar je jadik. SOBS2 . tapi bukan slah aku okay! Kemera tu rosak sket. Windows sensor tidak berfungsi dengan baik. Rugi duet aku dalam rm25. Second time, aku guna kemera kawan aku. Mamiya RB67. Sumpah, yang nie terbaekk! Tapi first try aku guna, sangat menyedihkan. Sbb sangat tricky guna kemera ini. Tapi, i will buy it for me one day! Dats my wishlist!




Mamiya RB 67

 nie view dari viewfinder die ( dari atas, contoh macam gambar kat bawah nie)
rare kan? nak fokus ape semua kene tengok dari atas, tapi x semudah yang korang jagkakan! sangat tricky!



 jeles seeehh tengok brade nie pakai!




my second wishlist. Lubitel 166b (sedang menunggu membe aku offer, tapi kene bli kt Russia *demm*

So, untuk menggunakan kemera lomo, kau orang kenelah mahir mengenai :
1.       Shutter
2.       Aparture
3.       Exposure
4.       ISO / ASA film.

Yang nie sangat basic. Sebab korang kene bermain dengan cahaya dan angle. Tapi, sesiapa yang nakkan cabaran, give em try! Sebab its fun ble korang dapat gambar yang  sangat korang suka! Thanks for reading peps :)

#2 . talking ‘bout PREVE..yes, PREVE!




Proton at last keluarkan kerete baru.. *YEAHHH!! Cheerrrssss* WWWOOWWW gile aku rase bile Proton wat keluar kereta baru. I lioke2!
*alryte, intro yang agak berlakon. I never like proton cars. Im prefer perodua rather than Proton *

Nak dijadikan post aku kali nie, aku nak share pasal Proton Preve. Kereta baru Proton nie aku taktahu la nie Malaysian design or copy paste dari design – design dari orang luar. But after the launching of Proton Preve, i feel that Malaysian still can’t produce their own car design. Honda City + Kia Forte for the face design. HOHOHOHOHOOOIII... mane pegi designer korang? Ape diorang bikin? Talak idea kaa?? Kalau orang nak beli pon orang akan pikir kot, dari amik preve better amik City or Forte. Biar la mahal janji got their own identities in making cars.

Okay2.  Atas aokme la kan nk pilih mane. Atas aokme. Skrg aku nak cakap pasal specs and feature Proton Preve nih.

1. 7 speed protronic paddle shift. (Fuyooooooooooooooooooooooooo! Dah main protronik sekarang. Nice move Proton  )
2.       1.6 L Charged Fuel Efficient Turbo-Charged Engine.
3.       LED lights
4.       Touch Screen GPS with smart info display
5.       Power window with sensor
6.       Engine Push Start Button
7.       4 Air Bags
8.       Auto light and rain sensor
9.       Reinforced safety structure and more.

Okay. Dah bace kan specs Preve nie? Stail kan? Dah main pretronic shifting. Makin maju la kan nampak? Good2. Tapi lah kan, bab enjin 2 aku xpasti. Turbo charged? Did i got wrong information? Enjin ape Proton pakai nie? Campro kah? Swear to god, yang mende nie wat aku terfikir kaw-kaw. Xkan enjin Cam Pro pakai turbo charger? Weeh! Enjin Satria Neo, Waja , Persona, Gen-2 yang N/A (normally aspired, enjin biase ) 2 pon kondem gle, dop ghok ( x kuat ) mane pon. Nie Preve plak, turbo charged. Haishh..pemakai  Preve perlu cari engine 4g yang Mitsubishi pnye la lepas 5 tahon pakai. Tak percaya2. Hahahahaha!

Ape lagi eek. Yap! Auto light and rain sensor. Wahhhh! Nampak hebat kan? Mende sensor nie automatic sensor untuk lampu ngan wiper kereta. Means, ble sensor tu sense yang keadaan gelap, automatic akan bukak lampu kereta tu, and ble sensor tu sense hujan kat cermin, wiper automatik akan gerak. Canggih kan? FUYOOOOOOOOOOOOOOOO! Hahahahaha*troll* . wahai pekerja Proton, kenape la korang baru fikir ek nak wat mende – mende nie? Daihatsu Mira L512, keluaran tahun 1992 dah ade mende alah nie kott. Xpercaya? Bukak youtube, search Top Gear Mira L512. Siap die wat demo dekat situ. Dah brape tahon dah? Almost 20 years kot ketinggalan. Kemon la.


Dup dap2! Perggghhhhh..eksiden doh Preve nie..haha! bravo2.. driveshaft patah dari tengok gaye die.. baruuu kot! Kete aku brape tahon dah pakai baru tukar driveshaft patah. *okay, maybe sebab eksiden kot patah * nak wat macam mane lah. Atas aokme blake la nak judge macam mane nk pilih kereta ape. Aku xhalang pon. Tapi certain orang la, aku pelik. Nak beli kereta sebab LAWO jep. System jadah tak pikiaq apa?

Kat sni aku nak bagi sket tips la untuk korang carik kereta idaman korang * nie bukan untuk menghalang awak – awak semua pilih kereta kegemaran okay?  *

1.       Tengok market price kereta tu sebelum beli.
Nie kalau nak beli seken heng, yang mane – mane nak beli kereta second hand la. Tips die, tengok market price dekat mudah dan megazine ON THE ROAD dan seangkatan dengan nya. Sbb takot korang tengok harge dah gelepar nak beli. Check the price kereta dulu. Dah berkenan? Okay, bawak seorang membe yang betul – betul pandai bab penjagaan kereta, go and see kereta tu. Kalau ade kenal mane – mane mekanik, kamcing ngan mekanik, bawak die skali. Sbb luaran kita boleh tipu, jantung hati kereta? Means engine ape semua. Try a test drive, sbb kalau hidup enjin je tapi tak gerak kite tak tahu ape problem. Sooooo, berhati – hati with second hand car. Even yang  baru!

2.       Tengok brand kereta.

Okay. Untuk sesiapa yang sangat banyak wang, boleh beli kereta yang up2, aku jujur kat sni prefer on TOYOTA. Why? Kenapa? Toyota maintanance murah nak dibanding dengan kereta lain. Kereta boleh lasak – lasak sket. Kite sape tak reti jage kereta boleh la nak pakai, takot – takot lupe nak servis kan? Nak cek kerosankan pon tak banyak masalah. Suspension system mantap, terbaek. Kedua, HONDA. Honda nie performance mantopp. Kereta gagah, kuat, laju dan sedap mata memandang meter speedo( km/h) bile tekan minyak, sedap hari rase bawak. Tapi, tak sedap mate memandang tengok meter minyak dan tak sedap hati nak care kat maintanance. Honda maintanance agak mahal, tapi kereta okay and tip top. Brand lain? NISSAN, most wonderful car for me. PERFECT! Tapi harga la kan malas nak cakap, tapi ade duet, gotta em once! Yang lain – lain? Tepuk dada, tanya selera, tanya akal, tanya orang J. Kalau nak pakai kereta Malaysia, my best suggestion, PERODUA. Thats terbaik.

3.       Tengok sistem kereta ( specs )

Aku tak tahu la kenape orang dok nak amik swift sebagai family car? 2 3 tahon jual. Why bro? Dlu cakap sedap sangat swift. For me swift agak rubbish. Whay? Perodua is better. Maintanance mahal wehhhh! Korang g cari suzuki pnye tempat service tempat awok blake. Senang x nak cari? Spare part? Anak orang kaya boleh lerrrr.. dari swift, better myvi extreme. Tapi dari segi harge, myvi Extreme cam sampah! Mahal gle babsssss. Tambah sket lagi dapat Alza. Why alza? U got more space, kereta lagi tggi. Dari pengalaman aku driving, kereta tinggi sangat sangat selesa nak drive. 1 tempat duduk kite. Tiggi dan tidak melenguhkan. SUMPAH aku cakap, try la sdiri. And i drive alza, suspension best! Pick up? Not bad. Boleh go kooot. Kita pilih kereta nak space and good engine and system. Kalau kereta kecik, CC besar, sampah jugak bro. X kemane jugak kalau bersempit dalam kereta.
First tgk system enjin die. DVVT, VVTi, EFI, VTEC, VVL,MiVEC  and banyak lagi lahh wei. Semua bab Valve lifting dan timing. Setiap syarikat ade diorang punye sistem. VVL, VTEC, MiVEC. Semua top branding punye engine system.

 VTEC = Honda, VVL = Nissan, MiVEC = Mitsubishi.
Best je kan tengok brand? Memang best kalau care kita jaga kereta nie betul. Nak VTEC , VVL ngan MiVEC bukak? Kene lah pakai minyak RON 97 V- Power Racing, holder isi minyak kat pump gas warne merah tu,pernah tengok? tu je minyak die kalau betul – betul nak rase kemantapan system enjin semua tu. Aku bukan nak halang kereta korang nak beli ape – ape kereta. Tapi think before buy la. 

Banyak lagi aku nak cakap sebenarnya, tapi malas lak nak menaip panjang – panjang. Budak baru kan? Hahaha! Tengs for reading peeps, kalau ade salah. Dont blame me, tell me ya? Salam