# 5 . tips, guide to buy camera. DSLR or compact.






Atas pertanyaan seorang blogger ini. Sini aku nak answerlah soalan die yang telah ditanya kepada aku yang telah disoal. So, soalan die tanya which one DSLR yang sesuai untuk die pakai. Sbb aku walking around, tgk page die berminat dengan Nikon D90 as a starting camera. Aku tegur die pasal jenis starting camera and she ask me which one camera she should buy.
Okay. Sini ade steps yang korang perlu fikir before buy a camera.

1.       Korang  perlu tahu ape penggunaan anda terhadap kemera.


Korang  perlu tahu ape penggunaan anda terhadap kemera yang korang beli tu. Adakah untuk kerja? Untuk  gambar sendiri? Interest? Semua mende anda perlu tahu sebelum anda memilih kemera yang anda inginkan.  Engkorang  juga perlu tahu tahap penggunaan korang, skill dan teknik korang dalam mengambil gambar, dan pengetahuan anda dalam taking picture wisely. Sebab semua kemera ada kelebihan die sendiri. So korang kene banyak buat review dulu sebelum membuat keputusan untuk membeli kemera korang.


2.       Tentukan kemera yang ideal untuk penggunaan korang.

Korang jenis ambail gambar macam mana? Adakah korang banyak guna kemera untuk ambik gambar sendiri, atau orang lain, atau panorama atau anda gunakan kemera tersebut untuk mengambil gambar yang kreatif. Korang kene tahu ape guna pula gambar yang korang ambil tu untuk ape. Adakah gambar tu bawak faedah untuk korang? Its money maker? Atau untuk kepuasan sendiri? Korang kene tahu semua tu sebab korang takkan puas dengan kemera yang anda ada.

3.       Adakah kemera yang korang gunakan perlukan respons yang pantas?

Kemera yang korang guna tu untuk ambik gambar motion , sukan atau sesuatu yang melibatkan pergerakan. Setiap kemera ade sensitiviti pada sensor die. Misalnya kemera DSLR. Untuk ambil gambar motion, korang perlukan sutter yang laju ( 1/500 keatas ) why? Kita xnak ada motion dalam gambar yang korang ambil tu. Kebiasaannya gambar-gambar pemain bola EPL, liga spanyol ke ape,kia tengok gambar die xde motion walaupon orang tu sedang berlari.kan? sebab setting kemera yang diorang gunakan adalah fast shutter mode. Dan gamba diorang sharp2 blake kan? Sebab? Diorang guna telephoto lens. Kebiasaannya diorang guna advance mode punya lens.  Harga? Atas RM10k la. Xdak yang murah-murah kalau kualiti gambar 1st class.haha.


4.       Adakah kemera korang perlukan sensitiviti sensor yang tinggi untuk gambar malam /  banyak mengambil gambar malam.


Yang nie berkaitan gelap atau cerah gambar malam anda. Kalau di digital compact, kebiasaanye semua gambar die guna flash, but mende tu boleh turn on off la. Kalau DSLR, untuk gambar malam yang cantik, ade brape option. First, guna external flash ( speedlight ). Penggunaan speedlight kt DSLR penting sebab korang kene define jarak korang dengan subjek dalam gambar ada, exposure yang anda ingin kan. Sebab guna speedlight kene la setting manual, tapi hasil die menarik :) even speedlight guna untuk ambil gambar siang.  Second guna slow shutter. Tp yang nie tricky. Because? Subjek anda takleh gerak semasa ambil gambar tersebut dalam masa shutter anda ditekan. Dan kene gunakan tripod. Kalau guna body flash pada DLSR tu, xcantik. Exposure kadang-kadang xbetul dan korang kene setting manual plak exposure flash body tu.  ( kalau lah jumpa, Canon senang sket nak cari, Nikon? Haram xpernah jumpa aku )

5.       Kesediaan korang untuk menservis kemera anda. ( dust, fungus , shutter and any broken )



Yang nie sangat-sangat-sangat-sangat penting kalau nak guna DSLR. Fungus, dust tu musuh utama korang dalam penggunaan DSLR. So, korang kene tahu macam mana nak bersihkan dust. Kalau fungus? Servis la. Korang kene tahu macam mana nak cek fungus or dust yang masok dalam kemera korang. Especially berada di kawasan pasir halus-haluuuuusss. Contoh pantai atau kawasan yang berdebu. Sangat-sangat kene jage bagi elakkan dust masok. Fungus kene jaga. Atas penggunaan dan penjagaan anda terhadap kemera tu. Cleaning dust boleh wat sendiri, tapi sangat-sangat perlu pengetahuan dalam teknik dan cara cleaning tu,takot barang-barang dalaman kemera tu rosak. Shutter? Ini paling sakit. Korang kene tau shutter count kemera korang. Sebab setiap kemera ade shutter count tersendiri. 50 ribu gambar, 100 ribu atau 200ribu gambar. Using DSLR is not everlasting. Sampai satu masa, sampai had shutter count korang sampai, korang kenelah servis shutter tersebut. Kos? Rm800-rm1200. Aku xpasti ,xingat harga yang membe aku bagu tau tapi tu lah range harga nak servis shutter. Kemera aku pon tunggu masa je nak renew. Oh duitttttttttttttttt!! macam contoh situasi kawan aku. die baru beli kemera dan lens. lens tu harge die beli RM3.5k,seken hen. kalau baru dah rm10k dah lens tu, so tak mampu. die baru pakais seminggu,rosak. dan kos repair lens tu Canon telepon die RM4k. so, menangis tak berlagu la kawan aku tu.

6.       berat dan saiz kemera yang anda inginkan.

Korang kene tahu jugak saiz dan berat kemera anda tu. Kalau digital compact, its easy use and mobile. Sebab? Ringan kecil dan mudah. Kalau DSLR? Pandai2 la fikir. Aku kadang-kadang pergi travel naik public transport. Kadang-kadang nak kene bawak laptop. So? Kat kaki aku mase naik bas atau train kene letak bag kemera dan juga bag laptop. Kalau sejam dua travel takpe, kalau 10 jam? Selesa x? Kaki payah nak gerak. Kalau nak pergi mana2, larat x korang nak usung bag kemera merata-rata? Buat-buat pulak macam aku. Macam-macam mende alah plak letak dalam bag tersebut. Kadang-kadang aku rase nak buang je kemera dalam tong sampah berdekatan sebab berat nak usung bag kemera nie merata-rata.

Peringatan keras! 

Kurangkan gantung kemera korang kat leher ble in public ( pantai, mall, karnival or ekspo ). 

Ini sangat-sangat bahaya. Korang boleh kene ragut taim korang jalan-jalan tu. As a result, kemera hilang and korang boleh dapat injury yang serius.

Jangan keluar pegi mana-mana bawak DSLR without bag.

Bag tu penting. Sebab ape aku fedup sampai nak buang kemera dalam tong sampah? Sebab kemane je aku pergi aku akan bawak kemera dengan bag. Even fotoshut dengan membe-membe. Kalau nak tinggal bag dalam kereta, kene pastikan takde kit korang yang tinggal dalam bag tersebut.

7.       Manual use or just using auto setting untuk ambil gambar.

Korang nak guna kemera tu just auto ke manual? Kalau auto, go for digital kemera. Kalau ambil kemera digital yang harga 800 keatas, gambar auto kemera tu perfect. Contoh nikon 1. Qualiti die look like DSLR cuma ade beberapa faktor yang tidak seperti DSLR misalnya crop factor. Kalau nak guna auto kat DSLR, aku cakap, forget it. Just a waste! Big waste! DSLR orang buat untuk kerja-kerja yang menggunakan manual setting. FULL AUTO guna bila korang dalam keadaan terdesak seperti keja yang melibatkan outdoor dan indoor serentak. Misalnya ambil gamba VVIP seperti menteri atau Sultan di padang/ dataran waktu tengah hari. Maybe time tu die bergerak dari satu tempat ke tampat yang lain. Dalam keadaan tu, kadang kala die lalu tengah panas dan kandang kala lalu bawah khemah.mase tu setting is very different. Korang kene slalu tukar setting. So barulah pakai full auto. (pengalaman aku buat kerja dengan VVIP, xlarat gak nak tukar-tukar setting. ) kalau nak blaja guna manual, try blaja dengan orang yang pandai guna, suruh die tunjuk contoh gambar dan bile korang yakin dengan skill korang barulah beli. Kalau tak, bazir shutter count korang.

Kalau sape-sape nak beli  DSLR, please please,please dont buy second hand. Sangat-sangat rugi. Rugi pada shutter count. Macam aku nak beli bodi sekeng sebab aku nak guna 2 kemera mase buat job wedding. Sebab? Malas nak tukar-tukar lens mase buat job. Its okay kalau nak guna second hand. Sebab aku akan dapat balik income untuk servis mase buat job. Dats peringatan aku untuk korang-korang sekalian. 

pemilihan kemera plak, for me pilihlah Canon. sebab kalau nak belajar manual pakai Nikon payah. aku pernah pinjam membe aku punya nikon 2 minggu. aku nak pakai manual payah,dan ade setting yang aku biase aku guna kemera Canon aku xde kat kemera tu. so, pikir leklok sebelum beli mane 1 ek?

So,korang kene buat keputusan korang dengan wisely, dengan betul sebelum korang menyesal guna kemera mahal-mahal. Tapi gambar yang korang  amik guna  kemera mahal-mahal tapi hasil die sama macam digital kemera. Think twice, trice. Contoh beli DSLR, harga die mahal. Dan cost dalam servis dan kit untuk DSLR tu.  Thanks for reading peep and happy reading. :)

 

1 comment:

Unknown said...

fuh..nice entry.. aku minat amik gambar..

n aku beli dslr. tapi last2 aku jual sebab nk bayar insuran kereta. hahaha...

sekarang ni aku tengah fikir nak beli ke x untuk kali ke dua. it just my hobby. tapi aku memang rase seronok ambil gmbar.cuma sekarang kotmitmen tinggi dekat benda lain.serius aku nak2 dslr.tapi fikir2 blk bukan leh jadikan side income coz aku jenis minat hangat2 tahi ayam je...

:(