# 8 . i love drag event :)

aku seorang pecinta drag event. post nie pasal drag event yang aku pegi. memang terbaik taim tu. yela, bile ade event je aku slalu takde kat hometown aku. so, yang nie memang aku berkeras untuk pergi sebab lame sangat aku nak pegi. sape-sape yang minat drag, sila lihat :)


event nie stat dari pukul 9 pagi, habis sampai pukul 7 pagi keesokkannye..non stop! gila apa!! dari aku tengok event management agak terok, time management tak cantik. tapi yang penting, it's so CARGASM! hahaha..


start with V-TEC open. time nie aku minat.. gogo V-TEC~

dan gambar EG kat bawah nie winner untuk ketegori nie.. tengok tu! biru..hahahhaha! kereta racing drag punye enjin, kemass. kereta aku? hurrmmm...






yang nie kategori ape tah. open rasenye. yang nie membe aku join, tapi x sampai final pon. salah pomen nie. patut amik aku, pegi macam Veyron kot satria membe aku tuh!haaha..


 time malam plak..haahaa! pukul 8.30 malam aku pegi semula. takkan la x balik solat kot. 


tengok tuuuu! imprezza masok event nie jugak tu! demmm.. kayo2!



cer tengok mamat-mamat dok celah antara kete tu, aku tengok macam jakun gak dok dekat-dekat gitu.haha!

yang bawah nie winner event untuk malam tu. PROTON ARENA. seriously, this one underdog. ade mamat sbelah aku tu cakap kete nie awal-awal kene tapau ngan VTEC. last-last, kau tengok jah! senyap mamat tadi tu.haha!

neway, welldone dude. kereta semat, enjin die semat.

PROTON ARENA.
bodykit front : Full Evo 3
engine : Evo 3
* yang lain aku tataw, sebab xnampak sangat sebab orang ramai dok serbu kete nie lepas event, gambar pon tade.... sob2 *


yang paling best, petang tu OTW balik, aku jumpa dis one! OMG OMG!!! mamat mane tah pakai, kete baru je keluar die dah rembat. kaye wooooo! 
HONDA CRZ, new family on VTEC power.


soo. malam tu aku balik kul 3 pagi dari event tu, sedih sebab tak dapat nak tengok OPEN CATEGORI . aku tunggu lame-lame nak tengok kategori open . open category kompom-kompom la  kete macam Evo, Impreza, 350z nak main. sebab aku dah nampak kete-kete power dok berator nak race. esok harinye, membe aku cerita kat aku yang event tu terpaksa di berhentikan sebab ambil mase yang lame sangat. soo, wat rugi mase aku nak tunggu open categori tu. hahaahh.. thanx and happy reading PEEPS :)

Segment Heartbook : Join Bloglist

nie first sagmen yang dibuat oleh makck nani dalam blog die http://n-mcd.blogspot.com. so, aku pon terdetik la nak terjoin, so aku buat la post nie sebab terjoin :) ahakzzz! berminat? tekan tekan mane patot :P


dalam segmen nie, makcik nani menanyakan soklan.


Jawab soalan ni..."Teka umur Nani ?"

sooo.. jawapan aku ialah...

19 :)

* hentam jepp*

soo.. aku jemput rakang-rakang yang ade untuk join sagmen nie orait :) thanx for reading peeps :)
 
 
 
 

# 7 . Place that we should go 1 : Jiuzhaigou Valley,China

okay, yang nie first post aku pasal tempat yang terbaek untuk kita lawat *kalau lah mampu*. dari gambar yang aku tengok kat google, memang terbaik tempat nie. nak pergi tu tak tahu lah bile berpeluang,kan? tapi, kalau ade rezeki nak pegi melancong outstation, maybe aku nak pegi sini kot. sebab " it's heaven of panorama photography ". aku suka gambar panorama, and aku memang suke mencari port-port yang cantik untuk amik gambar. adakah patot aku masokkan tempat nie sebagai wishlist? hahah.. melampau plak rase.

Jiuzhaigou Valley nie bermaksud lembah sembilan kampung dalam bahasa cina. terletak di tepi Plateau Tibet Himalaya yang terdapat beberape air terjun dan tasik yang berwarna. kawasan nie terletak di kawasan pergunungan, so sejuk la kawasan die. dan valley nie jugak tersenarai sebagai khazanah dunia pada tahun 1992 dan diprotect sepenuhnya dari aktiviti pembangunan manusia .


 Five Flower Lake.






Rhinoceres Lake



Nourilang Waterfall


Sleeping Dragon Lake, Sparkling Lake




yang lain-lain bawah nie aku taktahu ape name, sbb aku bukan embessador China kat mesia. hahaah! tapi tempat nie sangat menarik buat aku.






so, sape-sape nak g vication outstation ngan family. racun diorang, suruh pegi sini.hahaa! atleast dapat ketenangan yang maksima kalau korang tempat nie. tempat nie jaoh dari tempat orang, dan ade beberapa kampung je dekat-dekat sni. so, thanks  for reading, happy peeps :)

 



segmen by Cik Buaya : follow rakan blog sambil menang topup

atas permintaan cik buayo, aku pon terdetik menjoin segmeng nie dengan hati yang terbuka dan penuh keredhaan. :)

 







ok ini syarat-syarat segmen:

  1. Follow blog cik buaya kisah klasik azura ni <-- mesti
  2. like la fanpage kat box sebelah kanan ni <-- x wajib pun
  3. Buat entri dengan tajuk : segmen by Cik Buaya : follow rakan blog sambil menang topup
  4. letak banner and letak link pada banner
  5. pastu dah siap sila tinggalkan link pada kotak comment entri segmen ni okeh

sape nak join, silakan. boleh menang topap wehhh! dijemput kepada semua blogger out there join nie olait :)

jumlah topup RM 10 x 3 pemenang

yang bertuah tu akan di kira menggunakan random.org la :) hehe

segmen ni berlangsung selama sebulan :) <--- (tempoh segmen mungkin berubah)

26/4 - 26/5/2012


happy reading peeps :)


 

# 6 . Daihatsu Mira.


this post pasal jenis kereta Daihatsu Mira yang orang kite selalu sibuk nak convert-convert ni. Kebanyakan pengguna kereta Kancil dan Viva di Malaysia kini sudah berminat untuk menconvertkan kereta mereka mengikut kehendak masing-masing.yela, sape berpuas hati dengan design kereta yang asal kan? mesti nak tukaq sport rim la, tambah lips and macam-macam lagi. even yang pakai Honda Civic FD2 pon sibok kemain nak convert Mugen lah, itu ini, walaupon sememangnye kereta tu dah sematt :).

mende nie berlaku begitu sebab banyak kedai-kedai half-cut sekarang gila untuk menjual barang-barang nie dengan murah. lepas tu muncul pulak garaj-garaj yang menjual barang-barang kereta nie terutamanya K-Car macam kancil dan viva. so, x kesah la sekarang kita tengok macam-macam pesen kancil yang ade kat atas jalan. tak gaye kancil yang perodua buat dah. viva ponnn same :) kalau nak kenal jenis-jenis die, tengok pada lampu dan bumper depan kereta tersebut.

kat bawah nie ade model-model kereta Daihatsu yang orang sekarang dok sibok nak convert-convert.

Mira TRXX



Mira L 200


Mira L2 Moderno


Mira L300 Opti


Mira Classic


Mira RV 4 


Mira L 500




Mira L 502


Mira L 512 Hello Kitty


Mira L 512 TRXX

 


Mira Avy N/A (untuk Viva )


Mira Avy RS  ( untuk Viva )


lastly, my favourite model. i hope i will get this one soon. :)
Mira L 2s TRXX













sooooo.. nie lah model-model yang terdapat yang daihatsu buat keluar. so, sape-sape berminat, boleh la carik barang-barang tu kat halfcut-halfcut yang ade. dan jangan beli sebarangan. takot-takot kene tipu. bagi sape-sape yang berduet la kan. heheeehe! pada model tu ,mungkin ade kesilapan sket, yela.aku bukan duta daihatsu kat melesia. tapi semua tu jenis-jenis yang biasa jumpa kat Malaysia. hope one day, i will get Mira L2s for me soon. im so addict with K-Car. happy reading pees :)

# 5 . tips, guide to buy camera. DSLR or compact.






Atas pertanyaan seorang blogger ini. Sini aku nak answerlah soalan die yang telah ditanya kepada aku yang telah disoal. So, soalan die tanya which one DSLR yang sesuai untuk die pakai. Sbb aku walking around, tgk page die berminat dengan Nikon D90 as a starting camera. Aku tegur die pasal jenis starting camera and she ask me which one camera she should buy.
Okay. Sini ade steps yang korang perlu fikir before buy a camera.

1.       Korang  perlu tahu ape penggunaan anda terhadap kemera.


Korang  perlu tahu ape penggunaan anda terhadap kemera yang korang beli tu. Adakah untuk kerja? Untuk  gambar sendiri? Interest? Semua mende anda perlu tahu sebelum anda memilih kemera yang anda inginkan.  Engkorang  juga perlu tahu tahap penggunaan korang, skill dan teknik korang dalam mengambil gambar, dan pengetahuan anda dalam taking picture wisely. Sebab semua kemera ada kelebihan die sendiri. So korang kene banyak buat review dulu sebelum membuat keputusan untuk membeli kemera korang.


2.       Tentukan kemera yang ideal untuk penggunaan korang.

Korang jenis ambail gambar macam mana? Adakah korang banyak guna kemera untuk ambik gambar sendiri, atau orang lain, atau panorama atau anda gunakan kemera tersebut untuk mengambil gambar yang kreatif. Korang kene tahu ape guna pula gambar yang korang ambil tu untuk ape. Adakah gambar tu bawak faedah untuk korang? Its money maker? Atau untuk kepuasan sendiri? Korang kene tahu semua tu sebab korang takkan puas dengan kemera yang anda ada.

3.       Adakah kemera yang korang gunakan perlukan respons yang pantas?

Kemera yang korang guna tu untuk ambik gambar motion , sukan atau sesuatu yang melibatkan pergerakan. Setiap kemera ade sensitiviti pada sensor die. Misalnya kemera DSLR. Untuk ambil gambar motion, korang perlukan sutter yang laju ( 1/500 keatas ) why? Kita xnak ada motion dalam gambar yang korang ambil tu. Kebiasaannya gambar-gambar pemain bola EPL, liga spanyol ke ape,kia tengok gambar die xde motion walaupon orang tu sedang berlari.kan? sebab setting kemera yang diorang gunakan adalah fast shutter mode. Dan gamba diorang sharp2 blake kan? Sebab? Diorang guna telephoto lens. Kebiasaannya diorang guna advance mode punya lens.  Harga? Atas RM10k la. Xdak yang murah-murah kalau kualiti gambar 1st class.haha.


4.       Adakah kemera korang perlukan sensitiviti sensor yang tinggi untuk gambar malam /  banyak mengambil gambar malam.


Yang nie berkaitan gelap atau cerah gambar malam anda. Kalau di digital compact, kebiasaanye semua gambar die guna flash, but mende tu boleh turn on off la. Kalau DSLR, untuk gambar malam yang cantik, ade brape option. First, guna external flash ( speedlight ). Penggunaan speedlight kt DSLR penting sebab korang kene define jarak korang dengan subjek dalam gambar ada, exposure yang anda ingin kan. Sebab guna speedlight kene la setting manual, tapi hasil die menarik :) even speedlight guna untuk ambil gambar siang.  Second guna slow shutter. Tp yang nie tricky. Because? Subjek anda takleh gerak semasa ambil gambar tersebut dalam masa shutter anda ditekan. Dan kene gunakan tripod. Kalau guna body flash pada DLSR tu, xcantik. Exposure kadang-kadang xbetul dan korang kene setting manual plak exposure flash body tu.  ( kalau lah jumpa, Canon senang sket nak cari, Nikon? Haram xpernah jumpa aku )

5.       Kesediaan korang untuk menservis kemera anda. ( dust, fungus , shutter and any broken )



Yang nie sangat-sangat-sangat-sangat penting kalau nak guna DSLR. Fungus, dust tu musuh utama korang dalam penggunaan DSLR. So, korang kene tahu macam mana nak bersihkan dust. Kalau fungus? Servis la. Korang kene tahu macam mana nak cek fungus or dust yang masok dalam kemera korang. Especially berada di kawasan pasir halus-haluuuuusss. Contoh pantai atau kawasan yang berdebu. Sangat-sangat kene jage bagi elakkan dust masok. Fungus kene jaga. Atas penggunaan dan penjagaan anda terhadap kemera tu. Cleaning dust boleh wat sendiri, tapi sangat-sangat perlu pengetahuan dalam teknik dan cara cleaning tu,takot barang-barang dalaman kemera tu rosak. Shutter? Ini paling sakit. Korang kene tau shutter count kemera korang. Sebab setiap kemera ade shutter count tersendiri. 50 ribu gambar, 100 ribu atau 200ribu gambar. Using DSLR is not everlasting. Sampai satu masa, sampai had shutter count korang sampai, korang kenelah servis shutter tersebut. Kos? Rm800-rm1200. Aku xpasti ,xingat harga yang membe aku bagu tau tapi tu lah range harga nak servis shutter. Kemera aku pon tunggu masa je nak renew. Oh duitttttttttttttttt!! macam contoh situasi kawan aku. die baru beli kemera dan lens. lens tu harge die beli RM3.5k,seken hen. kalau baru dah rm10k dah lens tu, so tak mampu. die baru pakais seminggu,rosak. dan kos repair lens tu Canon telepon die RM4k. so, menangis tak berlagu la kawan aku tu.

6.       berat dan saiz kemera yang anda inginkan.

Korang kene tahu jugak saiz dan berat kemera anda tu. Kalau digital compact, its easy use and mobile. Sebab? Ringan kecil dan mudah. Kalau DSLR? Pandai2 la fikir. Aku kadang-kadang pergi travel naik public transport. Kadang-kadang nak kene bawak laptop. So? Kat kaki aku mase naik bas atau train kene letak bag kemera dan juga bag laptop. Kalau sejam dua travel takpe, kalau 10 jam? Selesa x? Kaki payah nak gerak. Kalau nak pergi mana2, larat x korang nak usung bag kemera merata-rata? Buat-buat pulak macam aku. Macam-macam mende alah plak letak dalam bag tersebut. Kadang-kadang aku rase nak buang je kemera dalam tong sampah berdekatan sebab berat nak usung bag kemera nie merata-rata.

Peringatan keras! 

Kurangkan gantung kemera korang kat leher ble in public ( pantai, mall, karnival or ekspo ). 

Ini sangat-sangat bahaya. Korang boleh kene ragut taim korang jalan-jalan tu. As a result, kemera hilang and korang boleh dapat injury yang serius.

Jangan keluar pegi mana-mana bawak DSLR without bag.

Bag tu penting. Sebab ape aku fedup sampai nak buang kemera dalam tong sampah? Sebab kemane je aku pergi aku akan bawak kemera dengan bag. Even fotoshut dengan membe-membe. Kalau nak tinggal bag dalam kereta, kene pastikan takde kit korang yang tinggal dalam bag tersebut.

7.       Manual use or just using auto setting untuk ambil gambar.

Korang nak guna kemera tu just auto ke manual? Kalau auto, go for digital kemera. Kalau ambil kemera digital yang harga 800 keatas, gambar auto kemera tu perfect. Contoh nikon 1. Qualiti die look like DSLR cuma ade beberapa faktor yang tidak seperti DSLR misalnya crop factor. Kalau nak guna auto kat DSLR, aku cakap, forget it. Just a waste! Big waste! DSLR orang buat untuk kerja-kerja yang menggunakan manual setting. FULL AUTO guna bila korang dalam keadaan terdesak seperti keja yang melibatkan outdoor dan indoor serentak. Misalnya ambil gamba VVIP seperti menteri atau Sultan di padang/ dataran waktu tengah hari. Maybe time tu die bergerak dari satu tempat ke tampat yang lain. Dalam keadaan tu, kadang kala die lalu tengah panas dan kandang kala lalu bawah khemah.mase tu setting is very different. Korang kene slalu tukar setting. So barulah pakai full auto. (pengalaman aku buat kerja dengan VVIP, xlarat gak nak tukar-tukar setting. ) kalau nak blaja guna manual, try blaja dengan orang yang pandai guna, suruh die tunjuk contoh gambar dan bile korang yakin dengan skill korang barulah beli. Kalau tak, bazir shutter count korang.

Kalau sape-sape nak beli  DSLR, please please,please dont buy second hand. Sangat-sangat rugi. Rugi pada shutter count. Macam aku nak beli bodi sekeng sebab aku nak guna 2 kemera mase buat job wedding. Sebab? Malas nak tukar-tukar lens mase buat job. Its okay kalau nak guna second hand. Sebab aku akan dapat balik income untuk servis mase buat job. Dats peringatan aku untuk korang-korang sekalian. 

pemilihan kemera plak, for me pilihlah Canon. sebab kalau nak belajar manual pakai Nikon payah. aku pernah pinjam membe aku punya nikon 2 minggu. aku nak pakai manual payah,dan ade setting yang aku biase aku guna kemera Canon aku xde kat kemera tu. so, pikir leklok sebelum beli mane 1 ek?

So,korang kene buat keputusan korang dengan wisely, dengan betul sebelum korang menyesal guna kemera mahal-mahal. Tapi gambar yang korang  amik guna  kemera mahal-mahal tapi hasil die sama macam digital kemera. Think twice, trice. Contoh beli DSLR, harga die mahal. Dan cost dalam servis dan kit untuk DSLR tu.  Thanks for reading peep and happy reading. :)

# 4 . photography. some basics :)







A simple post, tak tahu la simple ke x. Today aku nak berbual pasal photography. Post #3 aku cakap pasal lomography, its still belum mengenal lomo dengan  lebih baik. Aku taw ramai orang kt luaq sane gile – gile mau join photography. But, x mudah seperti yang telah diketahui ramai. Commonly, aku tengok ramai jejaka-jejaka dan gadis-gadis di luar sana sudah menggunakan DSLR sebagai camera. Seyh! Kayo – kayo blako. Yelah, ade yang parent mampu kan, so boleh la beli. Aku ingat lagi mase aku nak beli camera aku. Ikat perot weeeh nak dapatkan sebutir DSLR nih. Kalau aku ingatkan balik, nyesal gak aku ikat perot. Tapi, minat nak wat macam mane. First camera aku Sony Cybershot yang first model. Perghh! Taim tu rase memang doh terbaik among da best. Tu pon nasib hadiah compertition aku join. Then aku kenal DSLR nie mase sekolah. Cekgu aku ajar aku sket gune macam ne. Then, after leaving skul. Aku belajar dengan membe – membe aku kenal mase tusyen sblm SPM dlu. Blaja punya blajor, aku kene racun ngan membe-membe aku. Then aku beli lah 1. Biase-biase je. Skrg aku ade camera cap Canon, with kit lens (18-55mm), 50mm lens, 10-22mm lens and Holga Toy lens. Beriban-riban dah aku abes untuk mende nie. Dalam mase 3 tahon. Okay, stop here sejarah aku sket!

Sini aku nak cakap pasal mechanism sket pasal DSLR. Basic one. Compartment.


So, gambar nie view dari atas DSLR. Aku rase korang mesti penah gunekan? Dah tahu man button shutter, name control dial, zoom ring dan fokusing ring. Dats perkara biasa lah, and commonly ramai dah tahu gune sket-sket DSLR nie. So aku malas nak terang banyak banyak.


Dah tengok kan gambau tu? Okay. Ade certain parts dalaman DSLR yang korang kene tahu. Shutter, lens, eyepiece, sensor dan mirror. All those thing perkara yang ada dalam DSLR ini. Perkara korang kene tahu dalaman DSLR nie adalah :
1.       Shutter.
Shutter nie adalah satu mekanism yang akan buka tutup di dalam DSLR / SLR / other camera yang mekanism yang lebih kurang seperti kemera Lomography. Shutter nie berdekatan dengan sensor ( kalau DSLR ) atau film/ kodah ( SLR ) . mende alah ie jugak akan membenarkan  cahaya melalui beliau semasa button Shutter di tekan. Mende alah ini jugak yang membuatkan kadang kala photographer kedekut nak bagi orang nak main kemera mereka. Sbb shutter nie ade count die. Sampai satu mase, mende alah nie perlu ditukar/diservis. And commonly harge nak servis dalam lingkungan 800-1k ++. Costly. Ade camera shutter count 50k gambar, ade 100k dan ade yang 200k. So, not everything everlasting. Kalau xnak pikir pasal shutter cont or what, digital camera je jawapan die.

2.       Rotating mirror.
Mende alah cermin nie akan kita nampak kalau kita buka lens tu. So, kita akan nampak cermin. Cermin nie akan bergerak keatas semasa shutter di tekan, dan mase tu shutter akan terbukak. Sesiapa yang pernah guna DSLR, mase korang tekan shutter, korang xkan nampak ape – ape kt eyepiece mase korang tekan shutter. Sebab, mirror tu bergerak. Tengok balik diagram diatas. Kedudukan cermin tu kt bawah. So, korang akan nampak imej yang korang akan capture sebelum shutter ditekan. Bila shutter di tekan, cermin tu bergerak ke atas dan cahaya terhalang oleh cermin tu akan melaluinye ke shutter kemudian imej pada waktu itu akan didetect oleh sensor, so. Produce la gambar.
Dalam DSLR nie ade 2 mirror. Semua yang berkait dengan reflex (prism). Rotating mirror dan juga mirror yang terletak diatas die (fixed) kadang-kadang ade orang tanya, kenape die buat macam tu,kenape eye piece tu buat kat atas (viewfinder), kenape x buat macam digital cemera je? So, answer die. Fikir sendiri. Kalau aku nak terang, panjang wehh! Kene tunjuk depan mata :)

Perkara yang korang kene tahu mase nak guna DSLR.
Now, setting mase nak taking picture gune DSLR. Commonly , aku tengok rata-rata people just guna full auto setting mase nak gune DSLR. Aku cakap kat korang, membazir je amik gambar pakai FULL AUTO.  Production camera nie wat full auto adalah untuk menunjukkan setting yang sesuai mase tu. And one more thing, full auto biasenye menggunakan FLASH. And bile gambar guna flash, shadow akan produce dekat gambar tu. Dan kadang kala gambar akan jadi overexposed. So, xcantik la maknenye gambar tu kan. Kalau kate beli DSLR sbb nak gambar sharp, ade blur2. Better beli Nikon 1. Murah sket dan okay je gambar die. Yang tu x rugi pakai sebab sensor die agak besar dan bagos.

Firstly....Shutter.
Sepertimana yang aku bual dekat pengenalan compartment dslr tadi, ade aku cakap pasal shutter. Shutter nie ade speed-speed die . Kat sni aku akan kempilkan gamba yang bersesuaian dengan speed shutter nie.

Low shutter speed

Panning
Normal speed
Fast shutter speed
Setiap shutter ade kegunaan die. Low shutter untuk gambar malam , untuk light grafity atau light trail. Commonly slow shutter speed die 8’ – 1/10 (8’ means 8 saat)

gambar nie vey low shutter. 30" / 30 saat iso 100. this is called Light Trail


this one plak low shutter. 10" f 5.6 iso 100

Panning? Pernah tengok gambar f1, motogp,movement? Thats all panning. Biasenye aku buat panning speed 1/30 – 1/ 60.


panning = speed 1/60 , f 5.6 iso 100.



panning = speed 1/50 , f 10 iso 100.


Normal shutter. Biasenye untuk gambar landscape. Kadang kale aku guna landscape pada fast shutter speed. Contoh normal nie adalah 1/125 -1/250.


 landscape = 1/100 f 5.6 iso 100

Fast speed. Biasanya untuk potraiture. Gambar potraiture biasanya nak sharp and xnak ade motion. F (aparture plak, standart potraiture aku guna f 1.8 ( 50mm lens ). Sebab? Bokeh la bro. Bokeh mesti cantekk!


courtesy from my friend : Faiq
* sorry, aku kurang gambar human :)*



potraiture..this one tak engat ape setting die :)


this one i like very much. why? bokeh ( blur ) gambar nie.
speed 1/320, f 1.8 iso 100.


Okay.sampai sini dlu aku cakap pasal mende alah nie. Next time aku akan terangkan pasal aparture, iso, ROT, depth of field dan macam-macam lagi. Keep reading and updating. Tq guys and happy reading  :)